Selasa, 21 Julai 2009

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-3



Special wish to my Lovely Husband...Zaiful Azli

For the cozy mornings
For the warm winters
For understanding the silences
For the silly pampering
For the surprise hugs
For the stolen kisses
For being an angel
For being all that you are
All I can say is....
I deeply, deeply Love You
And it’s a blessing to have you in my life

Happy Anniversary…My Love!!

Sekitar Majlis Mahabbah JKSN Perlis

Sepanjang bulan Julai nie...aku sibuk sgt sampai xsempat nak update blog aku. Untuk pengetahuan korang sume, pada 7 Julai 2009 yang lalu..jabatan aku ada menganjurkan Majlis MAHABBAH JKSM Peringkat Negeri Perlis. Nak tahu apa maksud Mahabbah?? Klu xsalah aku...MAHABBAH bermaksud "Kasih Sayang". Haa...jom tengok gelagat kawan² aku selepas Majlis Mahabbah selesai...penatla konon, tapi masih boleh senyum lagi..cayala geng!!


Serupa tapi yang pastinya tak sama...


Macam² gelagat..

Isnin, 29 Jun 2009

To be wrong is nothing, unless you continue to remember it.

Dan ketika memutuskan untuk saling mengerti
Biarkan dua hati bicara tentang impian-impian, hasrat,
Kerinduan kemudian mengasyikan…kerana begitu berbeza

Sekaligus begitu serasi

Maka berjanji
Untuk menyatukan dua hati yang berbeza menjadi serasi,
Dan yang kosong dapat terisi dengan sempurna,
Serta segala impian dapat diwujudkan berdua,
Kerana perbezaan bukanlah penghalang,
Selagi masih boleh memakai bahasa sama, dan bahasa itu disebut
CINTA….


Success it to get whatever you want, happiness is to love whatever you got.

Dah sekian lama aku x mencoret sumthing di sini, hari ni..terdetik di hati aku ingin meluahkan sesuatu walaupun aku bz sangat kebelakangan ni. Kesihatan aku pun xbegitu baik...ntahla, macam² kejadian menimpa aku sepanjang bulan Jun ni. Mana dengan sibuk pergi mesyuarat, kursus lagi...letih memang letih. Tapi, aku cuba luangkan masa ngan anak aku, dia pun dah besar..dah cerdik, dah bijak. Penat jugak melayan kerenah dier, tapi xpa...semua tu, mengingatkan aku.....zaman kanak² ku dulu.

Selasa, 12 Mei 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Jan & CT

Selamat pengantin baru...sahabat. Moga kalian kekal bahagia hingga ke anak cucu. Aku nak minta maaf kepada semua kawan² yang hadir on that day kerana aku tak dapat bawa anak aku (Danish) sebab dia demam. Aku tahu, ramai kawan² nak jumpa ngan anak aku...tapi sorry banyak² k? Nanti insyaalah aku akan bawa kalu kita bersua lagi di majlis kenduri member² yang lain k? Alah..ramai lagi kan, kawan² kita yang masih bujang....xgitu??





Kusimpan kad ini sebagai kenangan..


Dozen Roses Love Note

Kursus, Bengkel...dan Kick Off bersama JKSM

Lapor diri di jabatan baru pada....25 Februari 2009, sebenarnya tarikh yang JPA bagi berkuatkuasa 16 Februari 09, tapi MOT (Opis Lama) minta tangguh sehingga 23hb. So, lambatla skit balik Perlis ni. Sekarang, aku berkhidmat di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Betul² dekat Kompleks Mahkamah Syariah. Walaupun baru beberapa hari di jabatan ni, tapi aktiviti yang penuh spt bengkel, kursus, mesyuarat..seminar, buatkan akan lebih cepat dapat ramai kawan di JKSM ni. Kawan² di jabatan baru ni, buat hidup aku lebih bermakna....HoPE Aku HaPPy Di JAbataN Baru Ni...


"Syariah Asas Keadilan" (Cogankata jabatan)






Selasa, 28 April 2009

Kerjayaku..

Selepas diploma dulu, aku kerja kat DXN Industries..as a Quality Clerk (QC). Xsampai setahun, aku dapat offer keja goment..then pergila aku lapor diri, ingat lagi time tue..aku tengah sarat mengandung 6 bulan. First posting aku, kat Kementerian Pengangkutan..Bhagian Akaun. Kat sana aku berkhidmat selama 1 tahun 3 bulan..kenangan dengan staff² kat sana masih dalam ingatanku.

Bersama Kak Hanis (Penolong Akauntan, MOT)

Kursus Penerapan Nilai Murni (INTURA 25 November 2007)




Kehadiran Cahaya Mata

21 Februari 2008 - wah, bangganya aku dah ada anak. Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur atas rezeki yang kau kurniakan padaku. Korang nak tahu tentang baby aku ni, masa lahir berat dier 3.1 kg. Mulanya aku nak letak nama Danish Irfan, tapi abah dier nak letak Haidar coz ada bunyi² macam nama aku...so, aku setuju jer. Kitorang dah decide untuk letak nama baby aku ni, Danish Haidar. Sekarang, umur dier dah 1 tahun 2 bulan...dah boleh jalan dah skit²....




Alam Rumahtangga

Hehe..abih jer diploma, aku terus kawin. Dengan sapa lagi, ngan tunang aku la. Namanya Zaiful Azli Bin Md Radzi. Orang panggil Burn (Ben). Campur tahun ni, dah masuk 3 tahun perkahwinan kitorang. Kata orang, alam percintaan xsama ngan alam rumahtangga...betul, xpercaye korang kawen. Nanti korang merasa la. Tanggungjawab berat...peranan pun dah bertambah.



Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

Erm...lepas tamat form 5, aku sambung study kat Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat. Kat poli ni, aku jumpa kawan² baru..kawan yang gila² macam aku juga. Korang nak tahu sapa?? Yang paling rapat ng aku...of cozla, Jie. Siti Marziah nama dier. Yang lain ramaila lagi KT, Cla, Cmah, Ckin, Fatin, Angah, Ha, Liza, Cit dan ramai lagi la. Budak laki yang rapat ng aku, Jan, Big Show, Pidut, Epin, Karim, Caon, Bulu, Ustaz..Abe, ada lagi 2,3 orang yang aku xlarat nak taip kat sini.

Ahad, 26 April 2009

Tahun 1998 ~ 2002

Haa..Lepas kuar result UPSR, aku dapat offer dari SMJ. So, aku pergilah belajar kat sana, kena dok asrama time tue...best gak. Walaupun sedih, abah ngan mama xder..tapi aku hepi sebab ramai kawan. Kat situ la aku belajar berdikari...kawan² baik aku, ramai kat sane. Ingat lagi aku...antaranya Aza (Fazreen), Yati, Imah, Faizah, Lina pun ada, Dijah, Dilah, Zue, Atun, Wani...ramaila, xmuat plak nak tulis dalam ni. Tapi korang sume masih dalam ingatan tau. Samalah juga, geng² Putera yang nakal² pun..aku masih ingat. Antaranya, Ajis, Lan, Amri, Caed..ramai lagila!! Kat sekolah, aku aktif sukan..aku main Hoki, Bola Tampar dan kadang² main juga bola jaring. Tapi paling aku suka, Bola Tampar..lagipun aku wakil sekolah dari Form 1 until Form 6. Kat situlah aku stand for PMR n SPM examinations.

Sejak kecil..

Aku merupakan anak kelahiran Pulau Pinang tapi menetap sekian lama di Kedah. Anak sulung dari 3 orang adik beradik, dan aku sorang jer yang perempuan. Mula masuk sekolah pada tahun 1991, time tue Tadika Perpaduan kat Bukit Tangga. Aku stay ngan Tok dan Tok Wan kat sana selama 1 tahun. Mama ngan abah, masih kerja kat Penang. Bila aku dan masuk darjah 1, mama ngan abah pindah ke Kedah....aku disekolahkan di Sek. Keb. Ayer Hitam. Aku belajar situ, dari darjah 1 until darjah 4. Pastu, aku pindah sekolah lagi...pergi Sek. Keb. Dato' Wan Kemara, Changlun sebab mama ngan abah beli umah kat Sintok. Aku study kat Changlun tue sampai darjah 6, kiranya...sampai abih UPSR la. Aku memang nakal masa kecik² dulu, tapi jangan xcaye..nakal² aku pun, aku ni Tokoh Murid Perempuan kat sekolah tue tau!!